728x90 AdSpace

Latest News
Isnin, 10 Ogos 2015

Tun M anggap RM2.6 bilion untuk PRU sebagai ‘aneh’


Bekas Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sumbangan derma RM2.6 bilion dibelanjakan untuk pilihan raya umum (PRU) sebagai aneh.
Katanya, sepanjang menjadi Perdana Menteri, beliau hanya memerlukan kurang RM10 juta untuk lima kali pilihan raya PRU.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan lebih RM2 bilion untuk pilihan raya tetapi masih gagal mendapat majoriti dua pertiga.
“RM2.6 bilion untuk pilihan raya itu aneh. Saya perlu kurang daripada RM10 juta bagi setiap satu daripada lima pilihan raya umum dan saya menang dengan majoriti lebih dua pertiga.
“Kenapa Najib memerlukan sehingga RM2.6 bilion? Adakah ia untuk merasuah ahli politik? Pegawai kerajaan atau dana untuk memanipulasi PRU akan datang. Ia tidak betul, apatah lagi dari segi undang-undang,” katanya dalam entri terbaharu diblognya.
Dr Mahathir berkata, nilai RM2.6 bilion untuk kegunaan pilihan raya di Malaysia oleh mana-mana parti politik adalah salah sungguhpun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) selaku pihak pengelola pilihan raya tidak menetapkan sebarang had untuk dana pilihan raya.
Sumber: FMT BAHASA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan

Item Reviewed: Tun M anggap RM2.6 bilion untuk PRU sebagai ‘aneh’ Rating: 5 Reviewed By: NEWS MAG